Produk Penjagaan Kecantikan
AS Plus Amino Acid Cleanser
Harga Pengedar: SGD 35
Harga Runcit: SGD 43
PV: 65
50ml/Tiub
Butiran Produk
Kandungan: Asid Amino, Gliseril Kokoat, 8 jenis sebatian asid amino dan Humektan semula jadi.
Keistimewaan:
- Sodium Lauroyl Glutamate: Surfaktan asid amino dapat membersihkan semua kotoran dan minyak di permukaan kulit. Selepas dicuci dengan pembersih yang mempunyai ciri luar biasa lembut ini, kulit tidak akan berasa ketat, kering ataupun memedihkan mata.
- Gliseril Kokoat: Emolien yang dapat mengurangkan kerengsaan terhadap kulit supaya kulit berasa lembut halus dan bersih selepas dicuci tetapi tidak berasa kering atau ketat.
- 8 jenis sebatian asid amino: Sangat mesra kulit, membersihkan kulit secara lembut, memberikan lembapan wajar untuk membentuk keseimbangan kulit yang sempurna.
- Humektan semula jadi: Dapat melembutkan lapisan sebum pelindung kulit yang semula jadi, mengisi semula air yang hilang, mengurangkan kekeringan dan ketidakselesaan sambil membersihkan kulit.
Apakah surfaktan Asid Amino?
Surfaktan Asid Amino ialah pembersih yang mempunyai nilai pH yang paling hampir dengan kulit manusia dalam teknologi kecantikan pada masa ini. Dalam persekitaran asid lemah, enzim di permukaan kulit dapat menyumbangkan kesan yang optimum untuk menggalakkan metabolisme belulang yang normal. Ia mempunyai tahap kerengsaan keratin yang amat rendah, anda tidak perlu risau tentang masalah alergi.
Biasanya, terdapat dua jenis produk pembersih asid amino yang berada di pasaran; yang pertama ialah produk yang ditambah asid amino tetapi menggunakan sabun atau surfaktan dengan anion yang mempunyai kuasa pembersih yang kuat sebagai ramuan pembersih utama, yang kedua ialah produk yang benar-benar menggunakan surfaktan asid amino sebagai ramuan utama. Produk yang kedua ialah pembersih asid amino yang benar-benar lembut. Surfaktan asid amino diperbuat daripada asid amino dan asid lemak tumbuhan sebagai ramuan utamanya. Kepekatan surfaktan asid amino juga amat penting, jika kepekatannya terlalu rendah dan dipadankan pula dengan surfaktan yang kuat kerengsaan, maka pembersih itu tidak dapat mencapai hasil pembersihan lembut yang dikehendaki pengguna.
Kelembutan ialah ciri keistimewaan utama pembersih dengan surfaktan asid amino, ia lembut dan tidak merengsakan, membersihkan kulit secara tuntas tetapi tidak merosakkan perintang kulit.
Kelebihan AS Plus Amino Acid Cleanser:
- Surfaktan Asid Amino berkepekatan tinggi: Mampu mengurangkan kerengsaan dan alergen yang mungkin timbul akibat penggunaan bahan kimia tambahan.
- Kuasa pembersihan yang kuat: Isi krim yang benar-benar pekat dan padat, sedikit sahaja sudah dapat membersihkan kulit secara menyeluruh.
- Buih yang lembut dan tumpat: Mudah dilembutkan dengan air, buihnya tumpat dan halus, lebih mudah memasuki pori untuk membersihkan kotoran serta mengemaskan pori.
- Daya pengekalan air yang tinggi: Asid Amino mempunyai ciri yang sama dengan kolagen, sebab itu ia mudah bergabung dengan molekul air untuk memberikan kesan pembersihan yang optimum. Kulit dengan daya pengekalan air yang bagus tidak mudah mengeluarkan minyak, maka ia juga berkesan untuk mengawal minyak.
Letakkan sejumlah pembersih yang secukupnya di tapak tangan dan naikkan buihnya, urut secara lembut di bahagian muka dan leher kemudian bilas bersih dengan air. Guna pada pagi dan malam.
Produk Berkaitan
AS Plus Total Renewal Cream
Kandungan: Faktor pertumbuhan soya, Ekstrak Klorela, Polipeptida Biokimia, Willowherb, γ-PGA, β-Glucane, Minyak Kacang Hawaii, Shea Butter, Minyak jojoba dan Minyak Pati Neroli. Keistimewaan: Faktor pertumbuhan soya: Diekstrak daripada plasenta tumbuhan kacang soya, membekalkan nutrien kepada sel, menggalakkan metabolisme. Ekstrak Klorela: Menggalakkan penghidratan kulit, meningkatkan daya pengekalan air di lapisan kulit dalam supaya kulit jernih dan berseri. Polipeptida Biokimia: Mengekalkan keanjalan kulit, mengurangkan kedutan lapisan kulit dalam, mencegah penuaan kulit. Willowherb: Berkesan melegakan alergi kulit, kulit mengelupas, rasa ketat dan gatal-gatal. γ-PGA: Sejenis biopolimer pelbagai fungsi natural yang terhasil daripada penapaian L-Glutamat, daya penyerapan air boleh mencapai 3500 kali, merupakan bahan yang paling berkesan mengekalkan lembapan setakat ini. β-Glucane: Diekstrak daripada dinding sel yis, berupaya meningkatkan daya imun semula jadi kulit, menghalang ancaman ultraungu dan pencemaran udara. Minyak Kacang Hawaii: Mengekalkan lembapan, memulihara belulang, memperlahankan pengoksidaan lemak kulit dan melindungi sel kulit. Shea Butter: Mudah diserapkan, mempunyai kesan penyembuhan, antiradang dan pembaikan yang cemerlang. Minyak jojoba: Dapat mengurangkan tanda-tanda kekeringan, kesat dan kulit mengelupas. Minyak Pati Neroli: Bau yang mendalam dan sedikit manis, minyak ini dapat melegakan stres, menggalakkan penjanaan semula sel, mengekalkan lembapan serta meningkatkan keanjalan kulit.
AS Plus Makeup Remover
Keistimewaan: Menggunakan ramuan emulsi pembersih bersumberkan sebatian tumbuhan dengan teknologi maju, lebih mudah dibuka, tekstur emulsi yang halus lembut dapat menanggalkan mekap dengan berkesan secara lembut, segar dan tidak melekit. Tambahan minyak zaitun dalam ramuan emulsi, tidak merengsakan, mempunyai fungsi pembersihan dan penjagaan kulit. Canadian Willow Grass yang cemerlang berfungsi menenangkan kulit yang sensitif. Mudah dibersihkan dengan air bersih, kulit dibersihkan sepenuhnya.
AS Plus Exfoliating Cream
Keistimewaan: Ia merupakan cara yang paling berkesan dan selamat untuk menanggalkan belulang pada masa ini. Ini kerana enzim labu dan enzim protein hanya mensasarkan belulang untuk diuraikan, ia tidak merengsakan kulit atau mencederakan kulit. Dapat memperbaik tekstur kulit, menjadikan kulit licin dan halus. Ditambah ramuan Canadian Willowherb dan rumpai laut untuk mengatasi masalah kulit sensitif, dapat mengekalkan lembapan serta menenangkan kulit. Minyak jojoba dapat mengurangkan kekeringan kulit, melembapkan kulit secara berkesan. Hawaii Nut Oil: mempunyai kesan pelembapan yang cemerlang malah dapat memulihara kulit dan melindungi sel. Gunakan secara tetap 1 hingga 2 kali seminggu, berkesan menanggalkan belulang, menjadikan kulit kembali halus, berkesan membantu penyerapan nutrien.
AS Plus Hydrating Toner
Ramuan nadir yang berharga —Antarcticine Antarcticine yang diproses dengan teknologi membran molekul: Dapat menormalkan keratinosit, sangat berkesan untuk memulihkan kulit yang terlalu kering dan cedera. Dapat merangsang pertumbuhan fibroblas dan pembentukan kolagen dan elastin, berkesan mengatasi masalah kedutan. Faktor Pelembapan yang dapat mengunci lembapan, mengekalkan fungsi perintang kulit semula jadi. Pengekstrakan suhu luar biasa rendah , mengekalkan aktiviti biologi ekstrak tumbuhan secara maksimum: Ekstrak Meadowsweet: berupaya mencegah keradangan, melega dan menyihatkan Ekstrak Mentimun:mencegah keradangan, menghentikan rasa gatal-gatal, berkesan mengatasi simptom gangguan permukaan kulit , menenangkan dan merapikan kulit. Ekstrak Burdock: berkesan menyingkirkan toksin, melaraskan sebum, mencegah kejadian bintik putih dan jerawat. Ramuan istimewa lain: Canadian Willowherb: berkesan melegakan alergi kulit, pengelupasan, rasa ketat dan gatal-gatal. Natrium Hialuronat, γ-PGA, Campuran Asid Amino, Faktor Pelembapan Semula Jadi (Natrium PCA): ramuan pengekalan lembapan yang cemerlang, sangat mesra kulit, terutamanya γ-PGA yang merupakan multi biopolimer semula jadi hasil penapaian asid L-glutamik, dapat menyerap air sehingga 3500 kali. Ekstrak Corallina Officinalis : mengandungi 200 ribu kali lebih banyak kandungan nutrien dalam air laut, dapat memastikan metabolisme tisu kulit yang sihat, operasi sel yang sihat supaya nada kulit kelihatan lebih baik.
AS Plus Hydrating & Lifting Cream
Keistimewaan: Tripeptida susu dan pelbagai sebatian peptida Lahti hasil bioteknologi termaju dapat menambahkan kadar kelembapan kulit, menggalakkan penjanaan kolagen, mengemaskan raut wajah, meratakan garis-garis penuaan. Mengandungi minyak germa gandum, minyak lupine dan minyak bunga matahari yang diektrak melalui kaedah penyulingan molekul, dapat melembapkan kulit, melindungi DNA dan mengekalkan keanjalan kulit secara berkesan. Ditambah agen pelembap kuat seperti rumpai laut, glikoprotein Antartika yang dapat mengisi lembapan hingga ke lapisan dalam. Ramuan anti sensitif seperti Canadian Willow Grass dan Shea Butter mudah diserapkan oleh kulit, dapat melegakan kulit yang sensitif, memperbaik tekstur kulit. Sangat mudah terserap, melembapkan, membentuk lapisan perlindungan tersembunyi, menghidupkan semula mekanisme pengemasan kulit semula jadi, kulit berasa segah dan segar.
AS Plus Sun Screen (SPF35 · PA+++)
Keistimewaan: Formula ramuan tabir suria butiran ultra halus fizikal tulen lembut dan selamat, tidak mencederakan kulit. Memberikan perlindungan menyeluruh kepada kulit daripada UVA dan UVB sekali gus. Ditambah Canadian willowherb dan rumpai laut, ramuan anti sensitif untuk memberikan perlindungan tambahan kepada kulit serta membaiki DNA yang rosak. Perlindungan yang tahan lama, tidak akan hilang kesan pelindung matahari walaupun berpeluh. Tekstur halus bak sutera, tidak berminyak selepas digunakan.
© Hak Cipta 2026 Shuang Hor Enterprise (M) Sdn Bhd 198901007648 (184951-D) AJL93423. Hak Cipta Terpelihara.
Dikuasakan oleh Winnefy - Reka Bentuk Web Malaysia
Selamat Datang ke Pusat Perundingan
Kami dengan senang hati akan menjawab sebarang pertanyaan yang anda ada. Sila isi borang di bawah dan kami akan menghubungi anda secepat mungkin.